Your Account Enquiry Basket Product Map Help
Welcome To Naqia Corporation Sdn Bhd
   
Air Musoffa
Air Zam Zam
Healthy Drinks
Madu Lebah
Shampoo
Ubat Gigi

Naqia Corporation Sdn Bhd– merupakan syarikat bumiputra Islam yang di tubuhkan pada 22 september 2000 dan diasaskan oleh seorang usahawan wanita futuristik.

 

Dengan pendekatan dan pelaksanaan yang menjurus kepada menegakkan syiar islam, Pengasas syarikat ini mendokong cita-cita yang besar, suci dan murni menerapkan ilmu melalui kajian yang berterusan terhadap nilai kehidupan dengan menyediakan pelbagai bidang perniagaan islam yang dapat memenuhi kehendak syariat dan kebajikan masyarakat.

 

NAQIA – bermaksud ‘SUCI’ membawa wawasan dan matlamat yang unggul, penuh kreativiti menghidupkan amalan islam dalam pelaksanaan menjana perkhidmatan dan produk demi untuk kesejahteraan masyarakat hari ini. Ia juga  merupakan sebuah wadah yang dicipta untuk  melengkapkan misi pencarian rahmat Allah menerusi usaha –usaha yang berpandukan Alquran dan Sunnah, mencari keberkatan melalui jalan-jalan syariat dan hakikat, sekaligus mendisiplinkan hati –hati manusia untuk menjadi insan yang berguna dan bertakwa.

 

Justru itu, kepelbagaian usaha di bawah payung organisasi NAQIA, merupakan langkah-langkah perjuangan yang berterusan, yang mudah2an akan mampu memikul beban harapan masyarakat yang dahagakan pembelaan, perhatian dan perawatan rohani dan jasmani.

 

Naqia Corporation Sdn Bhd – Sebuah nama yang sedang di bina untuk  menjana pelbagai bentuk perniagaan yang berkonsepkan fardhu kifayah, strategi dan komersial. Ia merupakan langkah-langkah membina satu empayar perniagaan islam yang unggul dan berprestij, dengan membawa nilai-nilai murni dan keikhlasan dalam setiap bidang  yang dilakukan demi untuk membantu masyarakat mencapai wawasan hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang, InsyaALLAH.

Latarbelakang NAQIA 

NAQIA  adalah  sebuah syarikat keluarga yang diasaskan oleh pasangan suami isteri  dan juga dianggotai oleh  2 orang anak-anak lelaki nya sebagai anggota didalam ahli lembaga pengarah syarikat Kumpulan NAQIA. 

Prof Dr Zamila Hussin - Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan NAQIA merangkap Pengarah Urusan Naqia Corporation Sdn Bhd. Dilahirkan  di Wadihana, Johor Baharu pada tahun 1961, mempunyai 8 orang anak, 5 lelaki dan 3 perempuan, 2 sudah bekerja dan enam masih bersekolah. 

En Isnin Hj Jalil – Pengarah Eksekutif syarikat Kumpulan NAQIA merangkap Pengarah Urusan NAQIA SALES & MARKETING SDN BHDDilahirkan di Tanjong Kling, Melaka pada tahun 1953. 

 
 
Terms & Conditions
(c) 2006-2007 eAsia2u All rights reserved