Join Now  l  My eAsia2u
 CITRA MULTIPRINT AND ADVERTISING ENTERPRISE
Product
Perkhidmatan
 
 Company Profile

CITRA MULTIPRINT AND ADVERTISING ENTERPRISE telah memulakan operasinya pada tahun 2005 di premisnya di Seksyen 9,Shah Alam,Selangor.

Kami menyediakan perkhidmatan asas untuk percetakan seperti fotostat, binding, bisnes kad, kad jemputan, papan iklan, letterhead, resit, fliers, pay slip, invoice, poster, stiker, buletin dan lain-lain lagi,walaupun dalam jumlah yang kecil.Disamping itu juga kami membekal peralatan pejabat(stationary) untuk sekolah-sekolah dan pejabat swasta.

Kekuatan kami adalah kemampuan kami untuk memenuhi kehendak pelanggan dari segi harga,kualiti dan penghantaran(masa).Oleh kerana syarikat kami tidak memerlukan pekerja yang ramai, kos operasi yang rendah membolehkan kami menawarkan harga perkhidmatan yang berpatutan dibandingkan dengan syarikat pesaing.Hubungan perniagaan dengan pelanggan untuk jangka masa panjang menjadi matlamat utama kami.Oleh itu kami beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum kecuali hari Ahad demi memenuhi keperluan pelanggan.

Kami menunaikan konsep Fardhu Kifayah untuk pelanggan-pelanggan Muslim dan matlamat kami ialah ingin menjadikan syarikat kami sebagai One Stop Center untuk semua aktiviti percetakan dan cetak semula dalam masa terdekat.Ini termasuklah kerja-kerja dari idea(konsultasi),konsep,rekabentuk(designing) dan keluaran produk(end produk).

Kami melayani pelanggan korporat/badan berkanun/kerajaan mahupun syarikat-syarikat kecil yang baru ditubuhkan dalam membuat kertas kerja,profil syarikat,logo dan lain-lain.

Selain dari perniagaan utama dalam percetakan,kami membantu rakan muslim yang lain untuk memasarkan produk mereka.Ini adalah kerana kedai/pejabat kami terletak dikawasan dan lokasi yang sangat strategik untuk dikunjungi.Kami menjadi stokis untuk kawasan Shah Alam untuk memasarkan produk Minyak Kelapa Dara(Virgin Coconut Oil) dan juga produk makanan jenama DESAKU olen Desaku Trading Sdn Bhd.,dan pengedar yang dilantik oleh KOOKABURA Sdn.Bhd.unuk memasarkan kambing/biri import untuk keperluan Aqiqah dan Korban.Sekiranya anda juga ingin mencari Stokis untuk kawasan Shah Alam dan sekitarnya,kami sedia membantu memasarkan produk anda.

Produk terbaru kami ialah Ikan Kering/Masin Keropok yang di usahakan oleh Muslim kita,yang dijamin halal dan suci dari segi penyediaan/proses.Seperti yang kita tahu,industri ikan masin di monopoli oleh bukan Muslim yang kurang faham atau tidak sensitif terhadap tahap kebersihan dan kesucian semasa menproses ikan tersebut.

Pengalaman belajar dan bekerja dengan syarikat Jepun,kami juga menyediakan perkhidmatan menterjemah(translation) untuk bahasa English-Japanesee-Malay, juga untuk bahasa Arab.

SEMOGA KAMI SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DAN KEREDHAAN ALLAH......!!!!


 
 
(c) 2006-2009 CITRA MULTIPRINT AND ADVERTISING ENTERPRISE. All rights reserved.