Join Now  l  My eAsia2u
 TECHFIVE (M) SDN.BHD.
Product
CIVIL, ROAD & INFRA, SLOPE, BUILDING & STRUCTURE
Services
 
 Company Profile

TEC FIVE ditubuhkan pada 1996 dalam keadaan penuh kesederhanaan yang memulakan perniagaannya di bidang ratikulasi dan pemasangan pembekalan air serta kerja penyelenggaran paip air, kini telah mengorak langkah hehadapan dan menjadi sebuah syarikat pembinaan di bidang Kejuruteraan Awam, Pembinaan Bangunan & Jambatan, Naik taraf & Pembinaan Jalan dan Penyelengaraan Jalan & Lebuhraya. Dengan pimpinan tenaga pengurusan yang berwawasan dan berpengalaman lebih 12 tahun serta di sokong oleh kakitangan teknikal yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, inovatif dan penuh komitmen, syarikat ini amat berkemampuan dalam melaksanakan projeknya. Ianya terbukti bagi kerja yang berkaitan dengan ratikulasi dan pemasangan pembekalan paip air, pengyelenggaraan, baik pulih dan kerja domestik.

 

TEC FIVE juga menjalankan aktiviti pembekalan dan pemborongan bahan binaan, membekal anak benih pertanian dan tanaman, landskap luaran dan juga kerja membersih dan mencuci bangunan dan kawasan. Kejayaan syarikat adalah berdasarkan kepada rekodnya sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman, kakitangan yang penuh komited dan hasil kerja yang berkualiti serta mengutamakan kepuasan pelanggan.

 

TEC FIVE, sebuah syarikat yang amat mementingkan kualiti dan teknologi serta perkhidmatan yang terbaik, akan sentiasa memastikan dan menekankan pelbagai projek pembinaannya dapat memperhasilkan kerja yang terbaik serta berkualiti yang mana ianya amat bersesuaian dengan visi dan misi syarikat – pembinaan berkualiti, terbaik untuk kepuasan pelanggan. Dan kami berkeyakinan bahawa anda boleh mempercayai serta bergantung pada TEC FIVE.

  

 
 
(c) 2006-2009 TECHFIVE (M) SDN.BHD.. All rights reserved.