Join Now  l  My eAsia2u
DARUL FUQAHA SDN. BHD.
Product
Educational Material Books
 
 Company Profile
Darul Fuqaha merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang diasaskan bagi melahirkan generasi muslim dan mukmin yang bakal mewarnai dunia dengan warna-warna islam dengan keyakinan mereka adalah khalifah Allah yang diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi Allah yang menjadi pentas ujian bagi dirinya meraih syurga di alam abadi.

Ia di asaskan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, seorang pensyarah di UKM, penceramah agama di radio dan tv, penulis buku dan artikel serta pengamal perubatan Islam. 

Projek pertama Darul Fuqaha ialah penubuhan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha yang bermula pada 16 Februari 2005. Ia beroperasi di Kg Sg. Merab Luar, Bangi, Selangor, berhadapan Maktab Perguruan Islam Bangi dan berdekatan Institut Latihan Islam (ILIM).

Ia ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan percuma secara integrasi antara akademik, agama dengan berasaskan hafazan al-Quran untuk anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang tidak berkemampuan. Pembiayaannya ialah berasaskan konsep wakaf dan sedekah harta daripada umat Islam berkonsepkan "anda belajar, umat membayar". Sebagai imbalannya pelajar-pelajar ini bakal mencurahkan tenaga mereka untuk ummah menerusi kerja-kerja dakwah islam apabila ilmu penuh di dada dan sakhsiah sudah terbina.

Projek kedua Darul Fuqaha ialah penerbitan buku-buku agama ilmiyah yang bermula pada April 2005 dengan terbit buku sulong bertajuk "Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat-Kontroversi Solat Jumaat Dr. Aminah Wadud" oleh Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dan Dr. Zulkifli al-Bakri. Sehingga Januari 2006 sebanyak 10 buah buku agama kontemporari telah diterbitkan. Di jangka sebelum Februari 2006 3 buah lagi buku akan diterbitkan insyaAllah.

Darul Fuqaha mengalu-alukan para pengedar yang berminat untuk menjadi pengedar negeri bagi buku-buku tersebut. Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Ustaz Mohd Khairuddin secara terus di talian 013 3621236 atau 019 2121972.

Projek ketiga Darul Fuqaha ialah penubuhan El-Fuqaha Education Centre di Fasa 4 Bandar Baru Bangi yang akan bermula pada Februari 2006. Ia akan menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam untuk masyarakat awam dengan kuliah-kuliah agama di bidang tafsir, hadis, fiqh, sirah bersama pensyarah-pensyarah berilmu daripada UKM, kursus Bahasa al-Quran, kursus hafazan al-Quran dan kelas al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak. Juga tuisyen intensif untuk para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di samping kelas It dan komputer.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pengurus iaitu saudara Azim di talian 012 6086587 

Projek keempat ialah penubuhan Pustaka Siber El-Fuqaha yang menyediakan khazanah buku-buku agama terpilih untuk dibeli dan di sewa terletak di jalan utama Sg. Merab Luar, Kajang.

 

 

 

 
 
(c) 2006-2009 DARUL FUQAHA SDN. BHD.. All rights reserved.